Posted on August 4, 2010 by sksgdamit
Atas sebab yang tidak dapat dielakkan website sekolah ini tidak dapat dikemaskini setelah sekian lama. Ini adalah di atas masalah teknikal dan kesibukan warga sekolah menangani arus dan cabaran pendidikan masakini. Kami berharap akan dapat mengemaskini website sekolah ini sekerap yang mungkin. Terima kasih atas sokongan anda.
Filed under: Berita SK. Sg. Damit | Leave a Comment »
Posted on May 22, 2009 by sksgdamit
Peperiksaan sekolah akan berlangsung daripada 22hbMei bagi pelajar tahap 2 dan 25hb Mei bagi pelajar tahap 1 sehinggalah 27hb Mei. Selamat menjawab kepada semua pelajar.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on May 22, 2009 by sksgdamit
Barisan Guru Panitia Pendidikan Agama Islam telah menganjurkan Minggu Panitia Pendidikan Islam dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik diantaranya pertandingan hafazan, penulisan jawi dan lain-lain lagi. Syabas diucapkan semoga jejak langkah panitia ini diikuti oleh barisan panitia yang lain pada semester kedua yang akan datang.

Ustaz Sharunizam selaku pengacara majlis pada aktiviti sidang petang.

Pelajar khusyuk mendengar amanat Ustaz Sharunizam.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on May 22, 2009 by sksgdamit
Pada 15hb Mei yang lalu pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat Sekolah tahun 2009. Pelbagai acara menarik telah diadakan diantaranya ialah aktiviti menjejak dadu, pertandingan mewarna dan mendeklamasi sajak.
Guru Besar, Puan Yanam @ Clara Gelung menyampaikan hadiah dan seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Cikgu Jale dan kelasnya yang hampir memenangi tempat ketiga acara menjejak dadu.

Antara barisan Guru dan pelajar yang masih lagi menjejak dadu.

Adik Norfazilah dari Tahun Satu mendeklamasi sajak.

Wah dapat hadiah lah. Tahniah.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on May 22, 2009 by sksgdamit

Encik Naim, Puan Julia dan Cikgu Farid (tiada dalam gambar) khusyuk mendengar penerangan daripada Cik siti, Pakar pemakanan yang datang.
Pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada Kumpulan Bersatu BumiPerak yang sudi memberikan demo memasak dengan kaedah menggunakan periuk New Holistik Heatlh Cookware. Sebanyak 2 hidangan sempat dijamah oleh warga sidang petang pada hari tersebut.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on May 22, 2009 by sksgdamit
Pada 13hb April yang lalu sekali lagi SK Sg Damit mengiringi persaraan seorang lagi rakan sejawat iaitu Puan Sauni Akun. Majlis persaraan Puan Sauni ini disambut dengan jamuan dan ucapan rakan-rakan sejawat dan warga sekolah yang akan mengenang beliau sebagai seorang guru yang dedikasi dan lemah lembut dalam mendidik pelajar-pelajarnya.
Sekali lagi jutaan terima kasih yang tidak terhingga dari warga SK Sg Damit yang masih berjuang diarena pndidikan ini.
P/S: Pihak Penyelaras laman Web ini meminta maaf kerana tiadanya gambar yang diambil pada majlis tersebut.
Filed under: Uncategorized | 1 Comment »
Posted on May 22, 2009 by sksgdamit
Pada 30hb Mac yg lalu SK Sg Damit telah mengadakan Majlis Ulangtahun ke 55 dan Majlis Persaraan Puan Bibiana Orow. Ketibaan Puan Bibiana disambut dengan tepukan gemuruh pelajar-pelajar SK Sg Damit yang berbaris dari pintu pagar sehinggalah ke bilik pejabat pentadbiran sekolah. Puan Bibiana sempat juga memberikan ole-ole buat pelajar. Puan Bibiana seterusnya dirai oleh rakan rakan sejawat dengan kek harijadi dan jamuan ringan .
Sesungguhnya jasa dan khidmat Puan Bibiana akan dikenang selamanya oleh warga SK Sg Damit. Terima Kasih.

Barisan warga SK Sg Damit menyambut kedatangan Puan Bibiana.






Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on January 14, 2009 by sksgdamit
Sessi persekolahan 2009 telahpun bermula dan semua warga SK Sungai Damit sudah mula menjalankan tugas yang telah diamanahkan tahun lalu. Hari pertama persekolahan menyaksikan Ibubapa dan murid-murid membanjiri kawasan sekolah seawal jam 7.00 lagi. 2 buah kelas telah digunakan bagi urusan pendaftaran murid dan menandatangani buku profil murid-murid.

Puan Marcella dan Puan Juita melayan Ibubapa yang datang

Encik Jale da Puan Sauni setia menanti. (Maaf gambar kurang memuaskan)
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on November 15, 2008 by sksgdamit
Tirai persekolahan bagi tahun 2008 telah pun berlabuh. Segala penat jerih dan kepayahan setahun dalam pengajaran dan pembelajaran telahpun berakhir dan tibalah masa untuk bercuti dan merehatkan minda. Dengan ini seluruh warga SK Sungai Damit, Tuaran ingin mengucapkan selamat bercuti dan berehat kepada semua pelajar dan warga pendidik seluruh Malaysia.
Sessi persekolahan tahun hadapan akan bermula pada 05hb Januari 2009.
Filed under: Berita SK. Sg. Damit | Leave a Comment »
Posted on November 15, 2008 by sksgdamit

Adik Nancy Syril.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Nancy Syril kerana kejayaannya mendapat keputusan cemerlang iaitu 5 A dalam kesemua subjek UPSR pada tahun ini. Kejayaan adik Nancy ini telah menyamai pencapaian individu terbaik UPSR tahun 2005. Pencapaian kedua terbaik telah diperolehi oelh Adik Aldiano Div Silver dengan memperolehi 4 A dan 1 B dan seterusnya adik Dayang Nurul Shafinaz binti Roslee. Semoga kejayaan ini akan menjadi contoh terbaik kepada pelajar yang lain dan pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang lagi. Syabas dan Tahniah sekali lagi.
Filed under: Berita SK. Sg. Damit | Leave a Comment »