Perlawan Persahabatan Bolasepak SK Sungai Damit vs SK Likas.

21hbOkt2010 – SK Sungai Damit telah menerima kunjungan balas dari SK Likas sempena perlawanan persahabatan bolasepak di SK Likas pada hari selasa yang lalu. Bertempat di Padang Lembaga Tabung Getah Kg Sungai Damit, perlawanan ini disaksikan oleh ibubapa, guru-guru dan pelajar yang datang menyokong pasukan sekolah. Sungguhpun kemenangan tidak berpihak kepada pihak tuanrumah tetapi semangat juang dan sokongan padu hadirin yang datang sesungguhnya amat membanggakan. Cuba lagi yang terbaik.

Barisan pemain dan jurulatih.

Penghargaan dari pihak sekolah disampaikan oleh Puan Sawasah, PK Kokum SK Sg Damit.

(Kredit gambar kepada Puan Sawasah)

Ceramah Khas Pendidikan Pencegahan Gangguan Seksual

21hbOkt 2010 – Melihatkan tajuknya sahaja sudah menyeramkan tetapi realitinya kita tidak boleh ambil endah. Ceramah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sungai Damit  ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan didikan tentang pencegahan gangguan seksual dikalangan murid sekolah khususnya pelajar-pelajar perempuan. Penceramah yang dijemput telah memberi pelbagai maklumat yang menarik dan info yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar yang hadir.

Ekspressi guru dan pelajar mengambarkan betapa seriusnya masalah gangguan seksual ini masakini.

Penghargaan pihak sekolah kepada penceramah.

 

Ber”facebook” dengan SK Sungai Damit.

Selaras dengan arus kemodenan teknologi ICT masakini, pihak sekolah juga tidak ketinggalan untuk menyertai gerombolan sekolah yang mempunyai laman facebooknya sendiri. Hanya taip “SK Sungai Damit” pada ruangan search dan anda boleh berinteraksi dengan warga sekolah SK Sungai Damit yang ada dan mengetahui berita semasa sekolah yang terkini.

SK Sungai Damit kini satu sidang..

Setelah sekian lama terpisah dan menjalani P&P dalam sessi pagi dan petang, kini SK Sungai Damit telah dengan rasminya menjadi sekolah satu sidang bermula 12hb Julai 2010.

Perhimpunan pertama persekolahan satu sidang.