Peperiksaan sekolah akan berlangsung daripada 22hbMei bagi pelajar tahap 2 dan 25hb Mei bagi pelajar tahap 1 sehinggalah 27hb Mei. Selamat menjawab kepada semua pelajar.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »

Pada 15hb Mei yang lalu pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat Sekolah tahun 2009. Pelbagai acara menarik telah diadakan diantaranya ialah aktiviti menjejak dadu, pertandingan mewarna dan mendeklamasi sajak. Guru Besar, Puan Yanam @ Clara Gelung menyampaikan hadiah dan seterusnya merasmikan majlis tersebut.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada Kumpulan Bersatu BumiPerak yang sudi memberikan demo memasak dengan kaedah menggunakan periuk New Holistik Heatlh Cookware. Sebanyak 2 hidangan sempat dijamah oleh warga sidang petang pada hari tersebut.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Pada 13hb April yang lalu sekali lagi SK Sg Damit mengiringi persaraan seorang lagi rakan sejawat iaitu Puan Sauni Akun. Majlis persaraan Puan Sauni ini disambut dengan jamuan dan ucapan rakan-rakan sejawat dan warga sekolah yang akan mengenang beliau sebagai seorang guru yang dedikasi dan lemah lembut dalam mendidik pelajar-pelajarnya. Sekali lagi jutaan terima kasih [...]
Filed under: Uncategorized | 1 Comment »
Pada 30hb Mac yg lalu SK Sg Damit telah mengadakan Majlis Ulangtahun ke 55 dan Majlis Persaraan Puan Bibiana Orow. Ketibaan Puan Bibiana disambut dengan tepukan gemuruh pelajar-pelajar SK Sg Damit yang berbaris dari pintu pagar sehinggalah ke bilik pejabat pentadbiran sekolah. Puan Bibiana sempat juga memberikan ole-ole buat pelajar. Puan Bibiana seterusnya dirai oleh [...]
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
Sessi persekolahan 2009 telahpun bermula dan semua warga SK Sungai Damit sudah mula menjalankan tugas yang telah diamanahkan tahun lalu. Hari pertama persekolahan menyaksikan Ibubapa dan murid-murid membanjiri kawasan sekolah seawal jam 7.00 lagi. 2 buah kelas telah digunakan bagi urusan pendaftaran murid dan menandatangani buku profil murid-murid.
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »