Sekitar Perayaan Hari Guru Peringkat SK Sg Damit 2008

Seperti yang telah dirancang pada minggu-minggu yang lalu, akhirnya perayaan Hari Guru peringkat SK Sungai Damit telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil oleh saya sepanjang hari tersebut.

Aktiviti pemanasan badan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan guru dan murid-murid. Diantara acara-acara yang dipertandingkan ialah mengisi air ke dalam botol, lari dengan ikatan di kaki, lari menuju skital melalui gelang getah dan lari berganti-ganti. Acara ini telah dimenangi oleh Kumpulan di bawah pimpinan Penyelia Petang, Puan Sawasah Bekit.

Barisan murid-murid yang berkumpul di dalam dewan perhimpunan sekolah untuk acara tiket bertuah, penyampaian hadiah dan salam hari guru. Pada acara itu, Ustaz Abdul Halil selaku ketua penyelaras telah  mengambil tempat juga sebagai pengacara majlis perayaan tersebut. Kelihatan murid-murid tengah khusyuk mendengar pengumunan cabutan tiket bertuah.

Diantara pemenang cabutan tiket bertuah yang sempat diambil gambarnya. Tahniah diucapkan.

Acara seterusnya bersambung di bilik guru dengan acara pemotongan kek perayaan Hari Guru yang juga disambut bersama-sama dengan Hari Ibu dan majlis Hari Jadi bagi mereka yang menyambut harijadi pada bulan Mei.

Sekian sahaja dahulu lampiran gambar-gambar dan ulasan ringkas sepanjang hari tersebut. Bagi mereka yang berminat untuk menyumbang idea, penulisan dan gambar-gambar masing-masing bolehlah menghubungi Cikgu Zulkhairi untuk maklumat selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: