“Campfire”…Tanpa Kem.

Sudah menjadi tradisi sejak beberapa tahun yang lalu pihak sekolah akan mengadakan aktiviti “Campfire” khususnya bagi pelajar tahun 6 yang tidak lama lagi akan melangkah ke tingkatan 1. Namun aktiviti yang lazimnya dibuat pada penghujung tahun ini telah berubah format pada tahun ini. Aktiviti pada kali ini telah diadakan selama satu hari sahaja iaitu bermula pada awal pagi dan berakhir pada waktu petang tanpa berkhemah atau tidur semalaman di kawasan sekolah. Ini adalah disebabkan oleh kekangan masa dan sebab yang tidak boleh dielakkan.

Aktiviti kali ini bermula dengan kembara hutan yang memerlukan kumpulan pelajar yang telah dibahagikan kepada 3 pasukan ini untuk pergi ke satu-satu halangan dan menyelesaikan tugasan masing-masing. Selesai sahaja aktiviti kembara tersebut, pasukan-pasukan ditugaskan untuk memasak makan tengahari pasukan masing-masing dengan hanya dibekalkan bahan mentah dan kayu api. Di sinilah murid-murid didedahkan dengan kemahiran hidup, kreativiti dan semangat berpasukan.

Ahli Kumpulan 1

Ahli Kumpulan 1

Ahli Kumpulan 2

Ahli Kumpulan 2

Ahli Kumpulan 3

Ahli Kumpulan 3

Goreng jangan sampai hangus ok.

Goreng jangan sampai hangus ok.

Ni memasak ke posing ni?

Ni memasak ke posing ni?

Sadap la kita punya ayam KFC ni. Hehe

Sadap la kita punya ayam KFC ni. Hehe

Bilalah diaorang mo makan ni. Macam sadap ja.

Bilalah diaorang mo makan ni. Macam sadap ja.

Nasi ayam 2! Oh bukan 4!

Nasi ayam 2! Oh bukan 4!

"Apa diaorang masak ni ah? saya mo tinguk dulu." - Alvin

"Apa diaorang masak ni ah. Sia mo tinguk dulu" - Alvin

Bulih tahan juga budak-budak ni masak pula.

Bulih tahan juga budak-budak ni masak pula.

Sudah doa makan kah ni?

Sudah doa makan kah ni?

Selepas sahaja makan tengahari tersebut, peserta-peserta beralih pula kepada permainan mini dan seterusnya penyampaian hadiah serta sijil bagi semua peserta. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang dan terima kasih atas kerjasama semua warga SK Sungai Damit atas perjalanan aktiviti yang lancar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: