Peperiksaan Sekolah Semester 1 Tahun 2009

Peperiksaan sekolah akan berlangsung daripada 22hbMei bagi pelajar tahap 2 dan 25hb Mei bagi pelajar tahap 1 sehinggalah 27hb Mei. Selamat menjawab kepada semua pelajar.

Advertisements

Sambutan Hari Guru peringkat SK Sungai Damit 2009.

Pada 15hb Mei yang lalu pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat Sekolah tahun 2009. Pelbagai acara menarik telah diadakan diantaranya ialah aktiviti menjejak dadu, pertandingan mewarna dan mendeklamasi sajak.

Guru Besar, Puan Yanam @ Clara Gelung menyampaikan hadiah dan seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Cikgu Jale dan kelasnya yang hampir memenangi tempat ketiga acara menjejak dadu.

Cikgu Jale dan kelasnya yang hampir memenangi tempat ketiga acara menjejak dadu.

 

Antara barisan Guru dan pelajar yang masih lagi menjejak dadu.

Antara barisan Guru dan pelajar yang masih lagi menjejak dadu.

 

Adik Norfazilah dari Tahun Satu mendeklamasi sajak.

Adik Norfazilah dari Tahun Satu mendeklamasi sajak.

Wah dapat hadiah lah. Tahniah.

Wah dapat hadiah lah. Tahniah.

Demo Memasak Cara yang sihat dan berkhasiat.

Encik Naim, Puan Julia dan Cikgu Farid (tiada dalam gambar) khusyuk mendengar penerangan daripada Cik siti, Pakar pemakanan yang datang.

Encik Naim, Puan Julia dan Cikgu Farid (tiada dalam gambar) khusyuk mendengar penerangan daripada Cik siti, Pakar pemakanan yang datang.

Pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada Kumpulan Bersatu BumiPerak yang sudi memberikan demo memasak dengan kaedah menggunakan periuk New Holistik Heatlh Cookware. Sebanyak 2 hidangan sempat dijamah oleh warga sidang petang pada hari tersebut.

Majlis Persaraan Puan Sauni

Pada 13hb April yang lalu sekali lagi SK Sg Damit mengiringi persaraan seorang lagi rakan sejawat iaitu Puan Sauni Akun. Majlis persaraan Puan Sauni ini disambut dengan jamuan dan ucapan rakan-rakan sejawat dan warga sekolah yang akan mengenang beliau sebagai seorang guru yang dedikasi dan lemah lembut dalam mendidik pelajar-pelajarnya.

Sekali lagi jutaan terima kasih yang tidak terhingga dari warga SK Sg Damit yang masih berjuang diarena pndidikan ini.

P/S: Pihak Penyelaras laman Web ini meminta maaf kerana tiadanya gambar yang diambil pada majlis tersebut.

Hari Ulangtahun dan Majlis Persaraan Puan Bibiana Orow

Pada 30hb Mac yg lalu SK Sg Damit telah mengadakan Majlis Ulangtahun ke 55 dan Majlis Persaraan Puan Bibiana Orow. Ketibaan Puan Bibiana disambut dengan tepukan gemuruh pelajar-pelajar SK Sg Damit yang berbaris dari pintu pagar sehinggalah ke bilik pejabat pentadbiran sekolah. Puan Bibiana sempat juga memberikan ole-ole buat pelajar. Puan Bibiana seterusnya dirai oleh rakan rakan sejawat dengan kek harijadi dan jamuan ringan .

Sesungguhnya jasa dan khidmat Puan Bibiana akan dikenang selamanya oleh warga SK Sg Damit. Terima Kasih.

DSC00002

Barisan warga SK Sg Damit menyambut kedatangan Puan Bibiana.

DSC00003

DSC00004

DSC00006 (1)

DSC00007

DSC00008

DSC00010

Hari Pendaftaran Murid dan Menandatangani Buku Profil

Sessi persekolahan 2009 telahpun bermula dan semua warga SK Sungai Damit sudah mula menjalankan tugas yang telah diamanahkan tahun lalu. Hari pertama persekolahan menyaksikan Ibubapa dan murid-murid membanjiri kawasan sekolah seawal jam 7.00 lagi. 2 buah kelas telah digunakan bagi urusan pendaftaran murid dan menandatangani buku profil murid-murid.

Puan Marcella dan Puan Juita melayan Ibubapa yang datang

Puan Marcella dan Puan Juita melayan Ibubapa yang datang

Encik Jale da Puan Sauni setia menanti. (Maaf gambar kurang memuaskan)

Encik Jale da Puan Sauni setia menanti. (Maaf gambar kurang memuaskan)