Gambar Sekitar Hari kedua Sukan Sekolah 2010

(Kredit Gambar: Puan Sawasah / PK Kokum)

Advertisements

Hari Pertama Sukan Sekolah 2010

Hari ini bermulalah sudah temasya Sukan Sekolah 2010 dengan murid-murid pra sekolah dan tahap 1 bertanding untuk merebut tempat dan kemenangan untuk rumah sukan masing-masing. Pihak sekolah bersyukur hujan tidak turun dihari pertama ini dan sungguhpun dengan keadaan padang yang agak becak, kesemua acara dapat dijalankan dengan jayanya. Besok pula akan berlangsungnya acara olahraga dan padang yang akan memperlihatkan bakal-bakal atlit sekolah keperingkat sukan zon mengkabong tahun hadapan.

Tiup jangan tak tiup

(Kredit Gambar: Puan Sawasah / PK Kokum)

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Sg Damit 2010

Bertempat di dewan sekolah SK Sg Damit, mesyuarat agung tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah diadakan. Agenda mesyuarat kali ini adalah meliputi pembentukan AJK baru PIBG bagi menggantikan AJK yang telah dibubarkan dan bagi mengutarakan permasalahan dan sesi perbincangan hati ke hati warga SK Sungai Damit dengan AJK PIBG serta para ibubapa yang hadir.Kehadiran Ibubapa amatlah menggalakkan dan ini menandakan sokongan penuh keatas kepimpinan PIBG yang baru ini. Sessi mesyuarat ini diselitkan juga dengan acara cabutan tiket bertuah yang bertujuan untuk memeriahkan majlis dan sekaligus menambahkan dana persatuan.

(Kredit gambar: Puan Sawasah / PK Kokum)

Latihan Sukan Sekolah bermula hari ini.

Setelah selesai membahagikan murid-murid kepada rumah sukan masing-masing pada hari sebelumnya maka secara rasminya bermulalah sesi latihan sukan rumah sukan pada hari ini.  Sukan sekolah merupakan medan bagi mencari bakat dan atlit baru untuk diketengahkan dalam temasya sukan peringkat zon mengkabong tahun hadapan. Sukan sekolah pada tahun ini akan diadakan pada 10,11 dan 12hb November 2010.

Murid-murid megah memakai pakaian rumah sukan masing-masing.

 

Pix of the Day!

(Kredit Gambar : Puan Sawasah, PK Kokum)

Kem Bestari Solat 2010

Setiap tahun, unit Panitia Agama Islam tidak ketinggalan untuk mengadakan aktivitinya sendiri. Panitia yang sememangnya aktif dan bersemangat ini kembali lagi dengan aktiviti Kem Bestari Solat setelah seminggu tertunda atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Aktiviti yang melibatkan kesemua pelajar tahap 1 dan tahap 2 ini telah dijalankan dengan lancar dan jayanya. Syabas kepada semua warga SK Sungai Damit khususnya Panitia Agama Islam atas komitmen dan usaha menjayakan aktiviti ini.

Peperiksaan Sekolah Semester 2, 2010

Peperiksaan sekolah bagi semester 2 tahun ini akan berlangsung daripada 25hb Okt hingga 28hb Okt. Selamat menjawab kepada semua pelajar.