Koleksi Cerita Lucu

Koleksi Lawak yang sempat dihimpunkan bagi tatapan semua.

KURANG AIR

Dollah pergi ke sebuah klinik berhampiran dengan tempat tinggalnya untuk berjumpa doktor kerana badanya kurang sihat.
Selepas memeriksa Dollah, doktor memasuki bilik ubat dan kembali dengan membawa tiga jenis pil berwarna-warni.
Doktor berkata: “Awak makan pil berwarna hijau ini dengan segelas besar air pada waktu pagi, pil warna biru dengan segelas besar air pada waktu tengahari dan pil warna merah dengan segelas besar air pada waktu malam.”
Dollah bertanya: ” Sebenarnya apa penyakit saya doktor?”
Doktor menjawab: “Badan awak tak cukup air!”

KAMBING HITAM & KAMBING PUTIH

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : “Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?”
Gembala : “Oh, boleh saja”
Pemuda : “Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih”
Gembala :”Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : “Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : “Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Aaa…menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) “Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja”
Gembala :”Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.”
Pemuda : “Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?”
Gembala : “Yang hitam pun sama, saya punya juga”
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

KUDA MAKAN RUMPUT

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”

Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”

Cikgu : “Rumputnya mana?”

Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”

Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”

Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”

KUNCI KERETA

Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,

“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”

“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh… sampai gunakan
penyangkut baju.”

Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau,
kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”

“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun… sunroof terbuka!!!”

SORANG JE???

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…

“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”

Pelajar itu menjawab..

“Okey.. boleh saja…!”

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”

“Kerana …” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…

“… Saya adalah penjaga gol!”

LARI DARI HOSPITAL

Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum ia menjalani pembedahan. “Ada apa Pak Cik?,” tanya pengawal hospital.

Lelaki itu menjelaskan, “Saya baru mendengar jururawat kata ‘bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik’.”

“Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut ….,” kata si pengawal.

“Dia tidak berkata pada saya,
dia berkata kepada doktornya!”

CIUMAN

LISA: Berapa harga semeter kain ni?

PENJUAL: Harga 1meter cuma 1ciuman

LISA: Baiklah..bagi saya 10meter..

PENJUAL: (gembira)…ni dah siap sepuluh meter kain..bayarannya???

LISA: Jap ,nenek saya akan bayarkan..(sambil menunjuk ke arah neneknya)

CHE’GU BERAHIM

PART I

Che’gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…
Che’gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man Dol: Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek, .
Che’gu : Mana tepungnya??
Man Dol: Tepong kan ke dalam kek tu…. Che’gu nie tak sekolah ke ??

PART II

Seperti biasa, Che’gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che’gu Berahim mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab”cara berwudhuk”Selepas mengajar, beliau selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che’gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che’gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che’gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che’gu : Allahhuakbarr!!!

DENGAN PENUH SENYUMAN

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati…

“Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman” kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan..

“Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang…”

MATI

Chot dgn Chet tgh bersembang pasal mati….

Chot: “Kalau boleh, aku nak mati macam atuk aku dulu… dalam tidur. Aku
tak
nak mati macam kengkawan dia yang kebetulan mati sekali kat sebelah dia
sambil terjerit-jerit…”

Chet: ” Camner lak atuk hang boleh aman tidur kalau kengkawan dia boleh
terjerit-jerit sebelah dia?”

Chot: “Diaorg sumer tu tumpang kereta yang atuk aku bawak…”

KENAPA X KETAWA

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan
seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti
ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, ….

dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri
seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya.
Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain
kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada
wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

” Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? ” tanya seorang gadis kepada
wanita itu.

“Sungguh kelakar,”jawab wanita itu singkat.

“Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? ”
tanya gadis itu lagi.

“Tidak..”, jawab wanita itu.

“Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa”,
gadis itu masih tak berpuashati

“Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri
di khalayak ramai? ” getusnya.

ABU DAN MILAH

Suatu hari Abu dan Milah terlewat ke sekolah… Di depan pintu… gurunya sudah menunggu dengan muka garang…
guru : “Abu!! kenapa kamu selalu terlambat?”
Abu : “Err..err.. err.. tadi saya dah bangun awal.. pukul lima.. tapi tertidur semula… akhirnya saya bermimpi naik motor ke kedai… ”
guru : “Sudah..sudah.. kamu pulak Milah… kenapa terlambat juga?”
Milah : “saya tumpang abu naik motor tadi.”

GARA-GARA BERGADUH

“Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham…dan tak bertegur sapa..Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya..tak tahu macam mana nak bagi tahu isteri supayakejutkan dia pada pagi esoknya..Si suami ni dapat idea..lalu dia tulis satu nota

“KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK”

Esoknya si suami ni terlewat bangun… dia nak marah pun ada …nak ketawa pun ada kat isterinya.Nak tahu kenapa?…si suami ni terjumpa nota

“BANG!! BANG!! BANGUN BANG!DAH PUKUL 6.30 PAGI””

TIKUS

Kata tikus pertama, “Aku tak pernah takut dengan
perangkap tikus. Malahan aku selalu dekati
perangkap itu dengan sengaja, dan bila perangkap
hendak merangkap aku, dengan senang aku elak.
Macam tu lah aku mengisi masa lapang”.

Tikus kedua tidak mau kalah. “Kalau aku, racun
tikus
tu sudah menjadi minuman seharian. Sudah jadi
macam air putih aje,” katanya tidak mau kalah.

Si tikus ketiga terdiam, kemudian mendadak ia
bangun dan melangkah pergi. “Eh, tunggu,engkau
nak ke mana?!!” teriak dua tikus lainnya. Sambil
menoleh, tikus ketiga berkata, “aku ada temujanji
dengan kucing!”

TEMBIKAI

Jamil berniat membeli buah tembikai di pasar.
Dengan jaminan penjual bahawa tembikainya
masak
dan bewarna merah, Jamil membelinya kemudian
dibawa dengan motor. Di tengah jalan, terjadi
sesuatu yang tidak diingini sehingga tembikai
tersebut jatuh dan pecah dan nampaknya isinya
bukan berwarna merah atau dengan kata lain masih
muda. Dengan geram Jamil balik ke penjualnya,

Jamil :”Awak cuba menipu saya, awak kata
tembikai
ini merah tapi nah tengok masih putih lg.”.

Dengan tenang si penjual bertanya,”Kenapa
sampai
pecah begini?”

Jamil:” Jatuh dari motor!!”

Penjual:”Agaknya tembikai ni terkejut dan takut,
sebab tu jadi pucat”.

BERSAMA

Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai..
tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh
kedalamsungai sedangkan mereka semua tidak
pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-
budak itu menjerit..

“Tolong, Tolonggg….”

Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak
didengari oleh orang lain.. lalu salah seorang budak
lain berkata..

“Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit
Bersama”

“Ya.. Idea yang sangat bagus” jawab rakannya
yang
lain.. dan mereka semua mula menjerit

“Bersama! Bersama!”

SILA DATANG LAGI

Bakar : Dah dua kali perompak yang sama datang
merompak kedai kita. Apa kita nak
buat ney ABU?????

ABU: Tu lah aku dah cakap kat kau yg kor tanak
dengau cakap haku naper?? degil!!!!!,

Bakar : Apanyer ???

ABU: Sapa suwoh kor pasang signboard “SILA DATANG LAGI”???

MANGGA

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : “Bang, berapa harga mangga sekilo?”

Peniaga : “RM7!”

Pembeli : “Amboi, mahal sangat… RM5 sudah la!?”

Peniaga : “Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!”

Pembeli : “Kalau tak manis, macam mana bang?”

Peniaga : “Kalau tak manis, tak payah bayar!”

Pembeli : “Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!”

Peniaga : “#$%@%&%????…

AISYAH

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan
mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur
nyeyak…
Seorang lelaki dengan wajah garang
mengacukan senjata tajam ke arah si isteri… .

Perompak : “Sebelum kamu mati kubunuh,
sebutkan namamu!”
Isteri : “Na… nama sa… saya… Aisyah”
Perompak : “Aisyah? nampaknya sama
dengan nama ibuku. Aku tidak boleh
membunuhmu,” lalu
dia mendekati si suami dan sambil
mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : “Sebutkan namamu. Aku mesti
tahu nama setiap orang yang menjadi
korbanku.”
Suami : “Namaku Irwan.. tapi… . semua
orang memanggilku Aisyah… .”

SAM & DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah…. hantu tu yang terkejur tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam

jer….
===================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa

masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini

“candle

light dinner” dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil

elektrik, api rumah aku dah kena potong!
===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada…

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni

ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada

aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah

tahu…
===================================

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin

teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena

banyak

berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik

lagi.

MASALAH PENDENGARAN

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

“Seberapa burukkah pendengarannya?” tanya doktor.

“Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.”

“Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.”

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, “Makan apa kita malam ini?” Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
“Makan apa kita malam ini?” katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

“Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!”

SENTIASA CERIA

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, ” Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?”

“Takde rahsia apa pun. Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam”, kata lelaki itu.

“Wah! Hebatnya encik”, kata wanita itu. “Berapa usia encik sekarang?

“Dua puluh empat.”

KENAPA KAMU DI SINI

Hei, kamu yang berdiri di belakang,” tegur pensyarah

“Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!”

“Maaf, saya tidak tahu.. encik”

“Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?”

“Maaf, saya tidak tahu juga, encik..”

“Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?”

“Mahu memeriksa kabel lampu ini encik… Saya petugas TNB”

SAPA KENTUT ???

Pada suatu hari dan suatu ketika yang tidak pernah diberitahu tarikh dan masanya terdapat sekumpulan anak muda menaiki sebuah teksi. Tak tau lak dari mana dan ke mana…..
Tiba2 salah seorang dalam teksi tersebut mengeluarkan angin amat busuk tapi dia memakai SILENCER, tak bunyilah maksudnya tu…..

Pemandu teksi bersuara “sapa yang kentut ni…???” Masing2 tidak mahu mengaku…….
Tiba tempat yang di tuju, semua kumpulan anak muda tadi semua turun….pemandu teksi tadi mengutip semua tambang dari setiap orang…dan kurang seorang tidak membayar, lalu pemandu teksi bertanya pada pemuda tersebut “Kenapa awak tak bayar lagi…????

Pemuda tu menjawab “Saya dah bayar pada YANG KENTUT tadi…”
Pemandu teksi menjawab “Bila masa awak bagi tambang kat saya…..?”
Pemuda tersebut ketawa terbahak2 sambil menghulurkan tambang dan berkata “Ooooooooooooo……jadi AWAK sendirilah yang kentut tadi yek…hampeh punya pemandu teksi….tak ngaku…..”
Pemandu teksi tersebut tersengih pucat dalam KEMALUAN yang amat besar……..heh…heh….

KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA

Seorang wartawan pergi ke sebuah pusat peranginan untuk berehat.. Setelah Dua hari berada dipulau itu… tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diduganya iaitu tempat itu telah dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah… dan beberapa lagi cedera parah..

Petang itu… Pengarang tempat dia bekerja teringat yang wartawan itu berada dipulau tersebut telah menelefon dan menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan didalam akhbarnya…

“KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA” kata Pengarang Akhbar…

Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa pengeboman tersebut…

Akhirnya Pengarang Akhbar itu menerima surat balasan dari si wartawan… bunyinya:

“JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT”

LUPA NAMA

Azam diundang kawannya makan malam. Hakim, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata-kata : Sayang…Manis… Cintaku…Sayangku…Kasihku…dan sebangsanya.

Azam menatap Hakim dan berkata, “Romantis sekali, setelah bertahun-tahun menikah, kau tetap memanggil isetrimu dengan kata-kata itu.”

Hakim mengangkat bahu dan berbisik, “Sebenarnya, aku lupa namanya sejak lima tahun lalu.”

PINJAM DUIT

Setelah menyimpan wang selama 10 tahun, Zariff ke bilik pameran Rolls Royce utk membeli keta idamannya…Tapi malang sungguh, selepas dikira balik wangnya tu, tak cukup lak $10 lagik..
“Tunggu Jap,” kata Zariff kepada jurujual
Dia terus menuju ke tepi jalan raya utk cari sesaper yg dapat meminjamkan wang kat dia… Tiba2 dia terpandang seorang lelaki sedang duduk bersantai di kerusi sambil baca paper…
“Encik!Tolong pinjamkan saya $10. Saya nak beli keta Rolls Royce,”kata Zariff kat mamat tu.
Mamat tu tengok Zariff atas bawah..pastu atas balik… dia pun kata…..
“Nah!Amik $20 ni. Belikan saya satu!”kata mamat tu selamba…….

DILARANG BERENANG

Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.

Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, “Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!”

Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. “Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?” soal wanita tersebut. “Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian,” jawab pemilik dusun dengan selamba.

SENYUM

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk

menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa

mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang

strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan

sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

TERLANJUR

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.
“Siapa si bedebah tu,” jerit sang ayah, sedang siibu menangis. “Suruh dia datang sini!”

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti didepan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, “Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya.
Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta.
Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?”

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata……
“Kalau camtu hang cuba le lagi.”

XBOLEH HUKUM

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

SUAMI YANG NAZAK

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal…Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi…

Hadi : “Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu..”

Isteri : “Iya, bang.. cakaplah..”

Hadi : “Aku mau kau kahwin dengan Harun…”

Isteri: “Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?” dengan terkejut isterinya bertanya.

Hadi: “Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu..”

XTAHAN

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

“Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu,” saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

“Hari ini hari apa bang?” tanya si isteri.

“Sumaat”

LUPA MAKAN UBAT

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang…bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie…
Isteri: Abang lupa makan ubatla…cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????

SELAMAT SAMPAI

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.

Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

TUNGGU MENANGIS

Seorang nenek berusia 65 tahun telah melahirkan seorang anak.
Teman-temannya datang berkunjung untuk menziarahi dan bertanya khabar.
Ketika mereka ingin melihat bayinya nenek itu berkata “tunggu dulu ya”.

Beberapa minit kemudian mereka bertanya kembali nenek itu
dengan muka selamba berkata “tunggu dulu ya” dengan perasaan yang
tak sabar,Akhirnya mereka bertanya : “sampai bila kita boleh melihat bayi tu?”,

Nenek tu menjawab “tunggu sampai dia menangis”.
kawan kawan nenek tu kehairanan “Kenapa kita harus tunggu sampai dia menangis”,

“sebab ….aku lupa letak bayinya di mana…..”.

WARDEN PENJARA

Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah penjara.

Pegawai :Awak ada pengalaman ke?
Pemuda :Tak ada.
Pegawai :Awak mesti dasyat kalau dapat keje kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle?
Pemuda : Ooohhh…tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya keluarkan je!!

NENEK & KACANG HAZELNUT

Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, “Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi.”

Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata,

“Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu.”

TELEPON

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap “Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi”.

SEPERTI BOM TANGAN

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu
berminat sekali.

“Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan,” pegawai itu menerangkan. “kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan ‘foam’nya.” terang pegawai itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut.
Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, “Ingat !, seperti bom tangan.”. Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

PERFUME SPECIAL

Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya.”Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol,” katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. “Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau,” kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagilar menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif. “Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan “gas aslinya” dalam lif tu. “Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,”kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.

KELAS EKONOMI

Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa

“Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik dibelakang sana”
“Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk disana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??” herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.

Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya
“Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain” pujuk ketua pramugari.
“Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk dibelakang. Tengok oranglah!!!” katanya.

Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.

Apa kapten bisikkan pada gadis itu?” tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan. “Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan” Jawab kapten

ADIK BERADIK

Di sebuah sekolah tadika, seorang guru sedang menyoal anak muridnya..

Cikgu: “Ijoi, awak ada berapa orang adik-beradik?”
Ijoi : “Ada tiga, cikgu.”
Cikgu: “Awak yang paling tua, ke?”
Ijoi : “Bukan saya, datuk saya…”.

PAK PANDIR JUAL DURIAN

Pada suatu musim durian Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah durian di tepi lebuhraya.

Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian maka terpacaklah bangsal durian Pak Pandir di tepi Lebuhraya berhampiran kampungnya.

Setelah beberapa ketika datanglah seorang pelanggan bertanyakan harga durian-durian yg dijual Pak Pandir.

Diberitahu akan Pak Pandir harganya dan pembeli tersebut bersetuju dgn harga tersebut dan seterusnya meminta Pak Pandir memasukkan kesemua durian yg dijual kedalam traknya.

Tiba-tiba Pak Pandir kelihatan marah-marah seraya memberitahu pembeli tersebut,

Pandir : “Minta maaf En! saya tak jadilah jualkan kepada en. durian2 ini.”

Pembeli : “Kenapa pula? Tadikan dah setuju dgn harganya… saya bayarlah kesemuanya!”

Pandir : “Habis kalau En dah beli kesemuanya apa lagi saya nak jual?”

Pembeli : “???”

CIK TINA

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

KEMBAR

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

KISAH SUAMI ISTERI

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, “Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu.” Pak Mat menjawab, “sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu.”

” Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh……”

MELINTAS

Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.

“Fasal apa adik menangis”, tanya Radhi.
“Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong”,pujuk Khalid pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata “Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motor buruk ada laa..”.

Mendengar penjelasan budak tadi, radhi dan khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue…

CUCU DAN NENEK

Seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat.

Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada tempat duduk.
Nenek: Eh…sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut.
Cucu: Mengapa nenek?
Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!

5 Responses

  1. wha……..seronok nye semua cerita nie

  2. terkesima aku baca semua cerita ni..tahniah…

  3. kelakar la bagus2 aq bg AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA+

  4. Hak hak hak hak hak…

  5. Dont worry

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: