Sejarah SK Sungai Damit

Sekolah Kebangsaan Sungai Damit, Tuaran telah ditubuhkan pada tahun 1948. Sebelum ini, nama sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Sukarela Rakyat. (Native Voluntery School) Sungai Damit.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya menumpang di bangunan wayang ataupun pasar. Ini kerana belum ada bangunan khas yang dibina untuk menampung murid-murid. Sehingga tahun 1962, barulah sebuah bangunan khas yang diperbuat daripada kayu-kayu bulat, berdinding bambu dan beratapkan zink dibina.

Bagaimanapun bangunan ini telah musnah akibat banjir yang berlaku pada tahun 1971. Ini menyebabkan murid-murid di sekolah itu terpaksa menumpang belajar di balairaya Kampung Sungai Damit sehinggalah pihak Kementerian Pendidikan mengambilalih pentadbiran pada tahun 1984.

Atas persetujuan pihak Lembaga Tabung Getah Sabah, terbinalah 2 buah bangunan sekolah dan 2 blok umah guru di atas tanah kawasan milik Lembaga Tabung Getah Sabah, Cawangan Tuaran. Dalam tahun 1985, bangunan ini telah ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Damit, sehinggalah ke hari ini.

One Response

  1. iya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: